Sentiasa disajikan pelbagai kisah,
Kita hanya mendengar dan melihat,
Ingin sekali rasanya turut serta,
Tetapi lebih baik jika memerhati saja...
Melihat mereka dalam kesusahan,
Ingin sekali hendak membantunya,
Menyelesaikan bersama mereka,
Tetapi diri sendiri masih bercelaru..
Kadang kala mereka berlakon,
Berpura-pura gembira,
Tetapi hakikatnya pilunya,
Mengapa perlu sampai begitu??
Mengapa tidak dikongsi bersama?
Bukankah kita hidup bermasyarakat?
Janganlah kita bersendirian,
Carikan teman untuk berhibur,
Tetapi janganlah keterlaluan,
Tiada siapa mahu berkawan dengan derita.
...masih menanti agar berlakunya peristiwa tu....