Sungguh leka memerhatikan mereka,
Adakalanya diri sendiri terabai,
Pelbagai karenah yang diperhatikan
Memang begitulah sikap manusia,
Tidak ada yang sama, semuanya berbeza.
Adakalanya apa yang diperhatikan,
Tidak seperti apa yang diharapkan,
Tidak terkecuali kejutan yang mengejutkan,
Hanya ingin melihat suasana yang ceria,
Walaupun hakikat yang sebenar
Sungguh menyedihkan lagi mengecewakan.
Mereka yang diperhati,
Entah sedar entahkan tidak
Akan kehadiran pemerhati tersebut?
Ingin sekali rasanya hendak membantu mereka,
Menceriakan mereka yang sentiasa bersedih,
Janganlah terlalu bersedih mengikutkan hati,
Janganlah badan merana kerana hal sedemikian,
Pasti ada penyelesaian yang mengembirakan.
Ingin sekali rasanya,
Duduk di pentas tetamu,
Dengan wajah yang ceria,
Suasana sungguh meriah,
Sorak sorai penuh tepuk,
MELIHAT SATU PERARAKKAN YANG SUNGGUH MERIAH
Adakah tercapai hasratnya itu?
No comments:
Post a Comment